Thursday, 27 November 2014

Penilai AM

Sebagai Penilai Am, tugas saya ialah untuk menilai keseluruhan dan kelancaran latihan mesyuarat ini dijalankan.

Saya akan meminta laporan daripada semua penilai-penilai dan petugas-petugas iaitu Juru Waktu, Juru Tatabahasa, Juru Perkataan, Juru Kira ‘ah’, penilai tajuk bualan dan penilai-penilai untuk pemidato di akhir mesyuarat sebelum saya memberi penilaian secara keseluruhan nanti.

Saya juga ingin memperingatkan bahawa penilaian yang dibuat hendaklah lebih ke arah positif dan memberangsangkan untuk menolong pemidato supaya lebih berkeyakinan dalam memperbaiki ucapan mereka pada masa akan datang.

Laporan selanjutnya akan diberikan selepas ini.

No comments:

Post a Comment