Thursday, 29 January 2015

SKRIP TUGASAN

JURU WAKTU
Sebagai Juru Waktu, saya ditugaskan untuk mencatat penggunaan masa dalam setiap segmen latihan mesyuarat ini.  Lampu akan dinyalakan sebagai penanda masa berdasarkan segmen-segmen yang dijalankan.
Sebagai contoh, dalam sesi tajuk bualan, saya akan menyalakan lampu hijau pada minit pertama,
lampu kuning pada masa 1 minit 30 saat dan
lampu merah pada masa 2 minit.
Bagi sesi ucapan manual 5-7 minit,
lampu hijau akan dinyalakan pada masa 5 minit,
lampu kuning pada masa 6 minit dan
lampu merah pada masa 7 minit.

Saya akan memberikan laporan apabila diminta di akhir sesi mesyuarat ini.
Kembali semula kepada pengacara majlis.






JURU PERKATAAN
Tugas sebagai Juru Perkataan ialah memperkenalkan “perkataan hari ini”. 

Ahli-ahli toastmasters dan juga para tetamu disarankan untuk menggunakan seberapa banyak perkataan yang diperkenalkan dalam sesi Tajuk Bualan dan juga semasa sesi ucapan manual. 

Saya selaku Juru Perkataan akan mencatat jumlah perkataan yang digunakan oleh setiap pemidato sepanjang latihan mesyuarat ini dijalankan.

Saya akan memberikan laporan selepas ini.
Kembali semula kepada pengacara majlis.









JURU TATABAHASA
Tugas Juru Tatabahasa ialah memberi penilaian terhadap bahasa yang digunakan sepanjang mesyuarat latihan ini dijalankan. 

Saya akan cuba mengesan dan memperbetulkan kesalahan-kesalahan bahasa dari sudut pernggunaan perkataan, sebutan bahasa dan kesalahan dari segi tatabahasa.

Saya akan memaklumkan penggunaan bahasa yang menarik dan kreatif jika terdapat di dalam latihan mesyuarat ini. 

Laporan akan diberikan selepas ini.

Kembali semula kepada pengacara majlis.



JURU KIRA “AH”

Sebagai Juru Kira ‘ah’ tugas saya ialah untuk menangkap seberapa banyak perkataan asing atau penyambung ayat yang kurang sesuai digunakan.

Sebagai contoh, ok….emm…eerrr….oooo

Perkataan berulang seperti ‘dan..dan.., oleh itu kita…kita..’ dan sebagainya.

Laporan selanjutnya akan saya berikan selepas ini.

Kembali semula kepada pengacara majlis.

JURU TAJUK BUALAN

Tajuk Bualan merupakan sesi latihan di mana semua ahli-ahli dan tetamu diberi peluang untuk memikir secara pantas (impromptu). 

Setiap seorang akan diberikan masa selama 2 minit untuk setiap soalan yang akan saya kemukakan nanti.

Sebagai Juru Tajuk Bualan, saya akan memilih topik-topik dan soalan-soalan yang sesuai untuk dikemukakan di dalam sesi tajuk bualan. 

Kembali semula kepada pengacara majlis

BENTARA @TME
*KETUK TUKUL 3 KALI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan Toastmasters dan para tetamu yang dihormati sekalian. 

Waktu menunjukkan tepat pukul 7.30 malam, oleh itu marilah kita memulakan latihan mesyuarat. 

Saya ingin mengingatkan bahawa ucapan topik-topik agama, politik dan seks adalah tidak digalakkan sepanjang mesyuarat latihan ini dijalankan.

Sila matikan telefon bimbit anda atau tukar kepada mood senyap. Saya memohon kepada semua ahli dan tetamu memberikan perhatian sepenuhnya kepada semua aktiviti yang berlangsung dalam mesyuarat ini. 

Untuk itu saya mempersilakan Invokator pada kali ini iaitu
(………..sebut Nama, Pangkat dalam Toastmasters)

INVOKATOR

Tugas sebagai Invokator adalah mengetuai upacara 3 Toasts dan memberikan ucapan pembukaan pada petang ini.
Toast pertama kepada Yang Di Pertuan Agong
è Dualat Tuanku
Toast kedua kepada Yang Di Pertua Negeri Sabah
è Tuan Yang Terutama
Toast ketiga kepada Toastmasters International
è Toastmasters International

Ucapan pembukaan
*Cadangan.
Kata – kata semangat. Pepatah. Nasihat. Petikan bermotivasi. Syair nasihat.
*Ceriakan mesyuarat dengan daya kreativiti anda!

SAYA SERAHKAN MESYUARAT KEPADA PRESIDEN KELAB….

PENILAI TAJUK BUALAN

Tugas saya ialah untuk menilai sesi tajuk bualan yang akan dikendalikan oleh Juru Tajuk Bualan.

Saya akan memberi komen terhadap pemilihan tajuk, kelancaran dan respon yang diberikan oleh ahli-ahli dan tetamu yang hadir di sepanjang sesi tajuk bualan tersebut. 

Laporan selanjutnya akan diberikan selepas ini.

Kembali semula kepada pengacara majlis. 

PENILAI AM

Sebagai Penilai Am, tugas saya ialah untuk menilai keseluruhan dan kelancaran latihan mesyuarat ini dijalankan.

Saya akan meminta laporan daripada semua penilai-penilai dan petugas-petugas iaitu
Juru Waktu,
Juru Tatabahasa,
Juru Perkataan,
Juru Kira ‘ah’,
penilai tajuk bualan dan
penilai-penilai untuk pemidato di akhir mesyuarat sebelum saya memberi penilaian secara keseluruhan nanti.

Saya juga ingin memperingatkan bahawa penilaian yang dibuat hendaklah lebih ke arah positif dan memberangsangkan untuk menolong pemidato supaya lebih berkeyakinan dalam memperbaiki ucapan mereka pada masa akan datang.

Laporan selanjutnya akan diberikan selepas ini.
Kembali semula kepada pengacara majlis.

JURU LAWAK JENAKA

Sebagai Juru Lawak Jenaka, saya akan menceriakan mesyuarat latihan dengan ucapan lawak jenaka.
Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membuatkan hadirin semua gelak ketawa.

Seperti pepatah yang berbunyi,
“lawak jenaka adalah ubat terbaik”
“ketawa dan seluruh dunia akan ketawa bersama anda”


Kembali kepada pengacara majlis.

No comments:

Post a Comment