Thursday, 27 November 2014

Juru Tajuk Bualan

Tugas saya ialah untuk menilai sesi tajuk bualan yang akan dikendalikan oleh Juru Tajuk Bualan.

Saya akan memberi komen terhadap pemilihan tajuk, kelancaran dan respon yang diberikan oleh ahli-ahli dan tetamu yang hadir di sepanjang sesi tajuk bualan tersebut.  

Laporan selanjutnya akan diberikan selepas ini.

Juru Tatabahasa

Tugas Juru Tatabahasa ialah memberi penilaian terhadap bahasa yang digunakan sepanjang mesyuarat latihan ini dijalankan.  

Saya akan cuba mengesan dan memperbetulkan kesalahan-kesalahan bahasa dari sudut pernggunaan perkataan, sebutan bahasa dan kesalahan dari segi tatabahasa.

Saya akan memaklumkan penggunaan bahasa yang menarik dan kreatif jika terdapat di dalam latihan mesyuarat ini.  

Laporan akan diberikan selepas ini.

Juru Perkataan

Tugas sebagai Juru Perkataan ialah memperkenalkanperkataan hari ini”.  

Ahli-ahli toastmasters dan juga para tetamu disarankan untuk menggunakan seberapa banyak perkataan yang diperkenalkan dalam sesi Tajuk Bualan dan juga semasa sesi ucapan manual.  

Juru Perkataan akan mencatat jumlah perkataan yang digunakan oleh setiap pemidato sepanjang latihan mesyuarat ini dijalankan.

Saya akan memberikan laporan selepas ini.



Juru Waktu


Sebagai Juru Waktu, saya ditugaskan untuk mencatat penggunaan masa dalam setiap segmen latihan mesyuarat iniLampu akan dinyalakan sebagai penanda masa berdasarkan segmen-segmen yang dijalankan.

Sebagai contoh, dalam sesi tajuk bualan, saya akan menyalakan lampu hijau pada minit pertama, lampu kuning pada masa 1 minit 30 saat dan lampu merah pada masa 2 minit.

Bagi sesi ucapan manual 5-7 minit, lampu hijau akan dinyalakan pada masa 5 minit, lampu kuning pada masa 6 minit dan lampu merah pada masa 7 minit.

Saya akan mencatat penggunaan bahasa dan memberikan laporan selepas ini.


Tuesday, 25 November 2014

28HB. NOV 2014 Tarikh Bersejerah! Mesyuarat Latihan Pertama Toastmasters Bangsawan Lahad Datu







TOASTMASTERS BANGSAWAN LAHAD DATU


Mesyuarat Pertama
Tarikh : 28hb. November 2014
Hari : Jumaat
Masa : 7 hingga 930 malam
Tempat : 
Bilik Seminar, Tingkat 3, Restoren Auliyah Lahad Datu, Sabah.

"Bersatu Menuju Kejayaan"

Jom sertai kami!