Thursday, 27 November 2014

Juru Waktu


Sebagai Juru Waktu, saya ditugaskan untuk mencatat penggunaan masa dalam setiap segmen latihan mesyuarat iniLampu akan dinyalakan sebagai penanda masa berdasarkan segmen-segmen yang dijalankan.

Sebagai contoh, dalam sesi tajuk bualan, saya akan menyalakan lampu hijau pada minit pertama, lampu kuning pada masa 1 minit 30 saat dan lampu merah pada masa 2 minit.

Bagi sesi ucapan manual 5-7 minit, lampu hijau akan dinyalakan pada masa 5 minit, lampu kuning pada masa 6 minit dan lampu merah pada masa 7 minit.

Saya akan mencatat penggunaan bahasa dan memberikan laporan selepas ini.


No comments:

Post a Comment