Saturday, 29 November 2014

Mesyuarat Pertama dan Sejarah Tercipta di Bandar Lahad Datu

 Mesyuarat Latihan dan Demostrasi pada 28hb. November 2014 di Bilik Seminar, Tingkat 3 Restoren Auliyah, Lahad Datu, Sabah.
Tukul lambang permulaan perjalanan Kelab Toastmasters Bangsawan telah bermula.

Kehadiran ahli seramai 18 orang daripada keseluruhan ahli berdafar seramai 25 orang sangat memberangsangkan. Semua ahli hadir awal dengan mengenakan pakaian tradisional sempena tema mesyuarat. Perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.

Mesyuarat dimeriahkan dengan kek.

Ahli baru bersemangat mengikuti aktiviti Tajuk Bualan.

Ahli - ahli Lahad Datu Toastmasters Club turut hadir membantu perjalanan mesyuarat.
Terima kasih kepada yang hadir.

Tn. Hj. Ir Azmer Shamsuddin, ACG, ALB yang juga VPE mengendalikan tugas sebagai Juru Tajuk Bualan dengan mengemukakan pelbagai topik bermanfaat kepada semua ahli.

Tahniah kepada semua yang hadir dan kita berjumpa lagi pada 19hb. dan 26hb. Disember 2014 di Tingkat 3, Restoren Auliyah, Lahad Datu, Sabah. 0700-0930 malam.

Laporan
(Presiden ZM, ACB)

No comments:

Post a Comment