Sunday 24 May 2015

Sijil Charter Member dan Mesyuarat Latihan Ke 12

Majlis Penyampaian Sijil Charter Member &

Mesyuarat Latihan Ke 12

TOASTMASTERS BANGSAWAN LAHAD DATU

Tarikh : 26hb. Mei 2015

Hari : Selasa

Tempat : Tingkat 3 Restoren Auliyah Lahad Datu

Masa : 7-930 mlm

Semua ahli dijemput hadir. Bawa bersama tetamu dan rakan.

Assalamualaikum wt dan salam sejahtera semua ahli Bangsawan!

Bertemu kembali setelah hampir 6 bulan kelab dilahirkan. Kini kelab telah mengadakan mesyuarat latihan kali ke 12.

Dengan sokongan semua ahli yang tanpa berbelah bagi, kelab telah mencapai tujuh Goals dan mendapat Anugerah Select Distinguished Club buat kali pertama.

Insya Allah, kita yakin akan mendapat dua goals lagi sebelum berakhir bulan Jun 2015 dan Anugerah President Distinguished Club bagi Sesi 2014/2015.

Pada waktu yang sama, kelab ingin berkongsi kejayaan ini dengan semua ahli ahli yang telah mencipta sejarah penubuhan Kelab pada 1hb. Disember 2014. Seramai 25 ahli Charter Member tersebut akan diberikan sijil khusus dan bersejarah pada mesyuarat latihan ini. Sehubungan dengan itu, kami menjemput semua ahli Kelab untuk hadir.

Kelab masih kekurangan 4 ahli baru, jadi kami meraikan sesiapa sahaja untuk membawa tetamu hadir mesyuarat latihan selasa nanti. Ahli yang berjaya mendaftarkan ahli baru akan diberikan pin khas dari District 87.

Ahli ahli berdaftar digalak meneruskan perjalanan dan pengembaraan dalam Toastmasters dengan hadir ke mesyuarat latiahan setiap 

Minggu ke 2 dan ke 4 Jumaat 7 mlm di Tingkat 3 Restoren Auliyah.

Jemput hadir dan bawa tetamu nanti. Jom

"Bersatu Menuju Kejayaan"

Zulkefli Muhammad,ACS,CL

Charter President

Sesi 2014/2016

Toastmasters Bangsawan Lahad Datu

Email : pidatold@gmail.com

Blog : http://pidatold.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment